Wanita idaman lelaki ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap
Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang
solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang
dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana
sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,
Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang
tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak
mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara
menuju akhirat,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan
sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan
duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat Ya Rabbi,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba
ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti
memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
keinsafan,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang
akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja
dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka
yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum
tibanya Kiamat,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya.
Semoga bermanfa'at
Tidak ada komentar:
Posting Komentar