Laman

Kamis, 14 Juli 2011

WANITA SOLEHAH AINUL MARDIYAH

Wanita Sholehah ainul mardhiyah
"Harta yang paling berharga di dunia adalah
wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita
pada kecantikan semata mata, ada juga yang
menisbahkan kemuliaan mereka pada
kekayaan, dan tidak kurang juga pada
keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian
oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah
terletak pada nur taqwa...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat
istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan wanita, walaupun
mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan
mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan
hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di
pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia
adalah kemanisan iman yang dicicip oleh
wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang
menyenangkan dan menenangkan hati
suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya
dengan penuh kasih sayang..dan pastinya
sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba
yang tunduk dan menyerah diri hanya
kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang
soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia
seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan
dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya
hubungan siang dan malam yang saling
melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita
diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan
kewajipan-kewaj ipan yang berlainan, sesuai
dengan fitrah masing-masing. Namun,
matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah
sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya
kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang
bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita
lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu
akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka
berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya
yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi
hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu
dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita
solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga
maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya,
dari hujung rambut hingga hujung kaki,
termasuklah wajahnya, suaranya, senyum
tawanya, jalannya,tulisa nnya hatta namanya
sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada
kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie
ada khilafnya..berd asarkan ayat dalam surah
an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan
perhiasannya,ke cuali apa yang telah zahir
daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang
zahir daripadanya" adalah muka dan tapak
tangan, tetapi bagi wajah yang boleh
mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat,
wanita yang khuatir wajahnya boleh
melalaikan lelaki yang memandangnya pasti
akan menganggapnya sebagai aurat, lalu
mengenakan purdah pada wajahnya,
mungkin berat bagi wanita bergelar remaja
untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan
tidak terlalu menonjolkan diri mereka di
hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah
mereka sebagai paparan umum seperti
friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia
menjadi aurat. Wanita yang memahami erti
kesolehan tidak akan melembutkan suaranya
di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah
Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab
ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan
suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu
orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan
lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah
ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi
Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin
memberi minum haiwan ternakan, mereka
dapati ramai pengembala di sumur. Hajat
mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah
mengambil alih tugas mereka memberi
minum kepada binatang ternak mereka,
apabila selesai memberi minum haiwan
ternakan tersebut, salah seorang daripada
puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s
dengan keadaan malu untuk menyampaikan
pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s
ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan
wanita solehah itu adalah wanita yang tidak
memdedahkan dirinya pada pandangan
umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi,
maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa
malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa
mendatangkan keadaan khalwat(berdua-
duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam
hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah
bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di
telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita
kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai
khalwat kerana ia berlaku secara berdua -
duaan..fikirkan lah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela
berjalan di belakang seekor singa daripada
berjalan di belakang seorang wanita".Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki
berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu
satu fitnah boleh timbul daripada keadaan
tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang
tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki
berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah
tudung mu sehingga menutup juyub(tulung
rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah
berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah
saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu
tentang wahyu tersebut telah keluar dari
rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah
menegurnya,"men gapa engkau tidak berjilbab,
adakah engkau tidak tahu tentang perintah
memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti
melangkah dan menyuruh seseorang
mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak
mahu selangkah pun aku berjalan dalam
keadaan melanggari perintah Allah swt".
Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul
makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah
untuk memeluk Islam dalam keadaan
berjilbab. Beliau telah siap menunaikan
perintah Allah walaupun belum memeluk
Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam,
bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada
kekuatan untuk mengamalkannya. ..
Wanita solehah juga tidak berpergian (keluar
rumah) melainkan urusan yang
mustahak.Keluar nya wanita dari rumah
hendaklah ditemani muhrimnya. Para
sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka
sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di
kampung mereka. Apa yang mereka hafal
hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah.
Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan
anak anak mereka ke syurga melalui jalan
pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan
Allah... Keluarnya wanita dari rumah
menyebabkan terbinalah papan-papan iklan
maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh
Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk
keluaran mereka dengan mendedahkan
maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang
muslimah, "dimana tempat membeli belah
paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab,
"saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga
tidak bertabarruj (berhias diri yang berlebihan).
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana
berhias diri perempuan jahiliyah".(sur ah al-
Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi
kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka
yang tidak mengambil mudah terhadap Islam,
dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan
dosa itu adalah apa yang bergetar di hati
kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat
orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang
menjaga pandangannya, kerna ia adalah
perintah dari Allah (an-Nur,30-31), ia tidak akan
mengizinkan dirinya untuk memandang atau
dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa
tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada
tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau
mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah
pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang
hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur
manusia yang tidak menjaga pandangannya
akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia
menghembuskan bisanya ke bumi, maka
sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di
hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam
keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu
menjaga pendengarannya daripada sesuatu
yang melalaikan,umpa tan dan cacian, wanita
yang menjaga pendengarannya di dunia,
maka di syurga kelak dia akan dapat
mendengar suara Nabi Daud a.s membaca
kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti
mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw
membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk
penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah
Allah swt,Allah swt akan membacakan
untuknya surah arRahman...Masy aAllah

3 komentar:

  1. MasyaALLAH... semoga bisa menjadi salah satu dari wanita-wanita "itu"... Amin Y ALLAH...

    BalasHapus
  2. aamin barakallahu ta'alaa yaa rabbal 'alamiin

    BalasHapus
  3. assalamualaikum ukhti ijin share yah....

    BalasHapus