Assalamu'alaikum,,
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang
tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi
segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di
Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk
terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas
segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk
ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan
tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik
untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati
oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini
ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk
aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan
dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu
yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku
memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar
dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa
yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala
kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat
keputusanBimbinglah aku ke jalan yang
Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan
diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah …Sesungguhnya aku lemah tanpa
petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa
hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama
Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi
cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin …….
Wallahua'lam bishshowwab
Tidak ada komentar:
Posting Komentar