1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama
mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-
batas syariat yang dipegang dan terpelihara
dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya
sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan syariah Islam. Memang
beruntung mana-mana lelaki yang beristeri
dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam
perwatakannya tetapi mempunyai prinsip
dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang
dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira
sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman
tidak akan sesekali menjual maruah dirinya
hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka
tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau
berbuat sesuatu semata-mata kerana
mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau
yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh
memainkan peranan sebagai pelindung.
Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan
yang melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang
matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai
menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan
kecantikan memang susah nak dipisahkan.
Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika
bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki
secara fitrahnya memang mahukan wanita
yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia
akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga
sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan
dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita
solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan
merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat
aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya
isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-
olah menjadi barang pameran untuk mata
semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet.
Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet
boleh merimaskan dan mudah menyebabkan
lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya,
wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja
yang tidak disenanginya walaupun perkara itu
hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya
mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki
mengimpikan wanita yang mampu
memahami situasinya dalam keadaan suka
dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara,
dia itu sudah dapat membaca riak wajah
suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan
atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk
dipandang mata akan mendamaikan perasaan
seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata
Memandang seperti di bawa ini:
.:: - Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Baiklah saudari dan saudara.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman
lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan
dapat memberi manfaat kepada diri anda dan
menjadi kayu pengukur dalam keperibadian
akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin
harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba
menilai atau memuhasabah diri kita kembali.
Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan
diri kita serta apa yang telah kita capai pada
hari ini. Andai kita mampu mengatasi
kelemahan diri sendiri, teruskan
memperbaikinya dengan secara beransuran
dan fahami bahawa kelemahan itu wujud
supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik
jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat
saling memaafi antara satu sama lain pada
setiap malam sebelum melelapkan mata dan
menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang
ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri
untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa
setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya
milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-
NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala pada kecacatan, keburukan dan
kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
termasuk diri saya yang dhoif di hadapan
ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar