Bacalah risalah ini dengan niat untuk
diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain.
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia. ”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan
anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-
dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa
Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah
dalam segala keadaan dan aku mohon ampun
kepada Allah dari segala dosa. ”; maka Allah
menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari
seksa, bahkan AllahTa ’ala mengangkatnya ke atas
darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama
haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam
syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala
syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya daripada
api neraka. ”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-
ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab
Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat
lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu
mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari
sang suria akan meminta keampunan baginya, dan
Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada
seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang
wanita yang melayani suaminya selama seminggu,
maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia
dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya
hingga pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
minumnya atau merenung ia pada suaminya atau
memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan
hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan
Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap
kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap
renungannya pada suaminya sebagaimana
memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat
kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita
mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada
seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan
Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya melihat isterinya dengan
kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari
Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik
khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan
sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan
sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang
buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan
pada perempuan itu kerana memuliakan dan
menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa
orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan
mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda,
“Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan
tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di
rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan
‘ Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
‘ Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan
mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan
bumi. ”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya
perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat. ”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas
takhta di hari akhirat. ”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar