Wanita Islam Adalah Suci Dan Bermaruah,
Penuh Hormat Dan Rendah Diri. Oleh Itu
Wanita Islam Hendaklah Mempunyai Gaya
Tersendiri. Antara Tatatertib Dalam Islam
Yang Sebenar Yang Dituntut Terhadap
Wanita Islam Adalah Seperti Berikut:
1) Menunduk Pandangan: Sesungguhnya
Semulia- Mulia Perhiasan Wanita Ialah
Kesucian Dengan Menundukkan
Pandangannya
Seperti Firman Allah Yang Bermaksud:
Katalah Kepada Wanita Yang Beriman,
Hendaklah Menunduk Pandangannya. (Al-
Nur:31)
2) Jangan Bergaul Bebas Dengan Lelaki
Sehingga Anggota Mereka Bersentuh Atau
Lelaki Menyentuh Wanita Seperti Yang Biasa
Berlaku Kini Dalam Pawagan, Bilik Kuliah Di
Universiti, Audiorium, Dalam Bas Dan
Seumpamanya.
Sabda Rasulullah S.A.W Bermaksud: Adalah
Lebih Baik Bagi Salah Seorang Daripada
Kamu Diketuk Dengan Tukul Besi Yang
Tajam Di Kepala Daripada Menyentuh
Wanita Yang Haram Bagi Kamu
Menyentuhnya.
3) Pakaian yang Dipakai Oleh Wanita
Hendaklah Selaras Dengan Apa Yang Telah
Ditetapkan Oleh Hukum Syara ’. Sabda
Rasulullah S.A.W Bermaksud:
Antara Penghuni-penghuni Neraka Ialah
Wanita Yang Memakai Baju Tetapi Masih
Telanjang, Menggoda Dan Digodai. Mereka
Tidak Akan Masuk Syurga Malah Bau Syurga
Pun Tidak Akan Sampai Kepada Mereka.
4) Wanita Islam Berjalan Dan Bercakap
Dengan Penuh Hormat, Sopan Dan Tegas,
Mengelak Diri Daripada Menunjukkan
Wajahnya Seperti Seorang Penggoda.
Bergurau Senda Dan Telatah Menggoda
Adalah Perangai Wanita Yang Rosak
Moralnya. Sifat Ini Tidak Layak Dimiliki Oleh
Wanita Islam.
Firman Allah Taala: Janganlah Kamu
Berkata- Kata Dengan Lembut Manja
(Semasa Bercakap Denagn Lelaki Asing)
Kerana Demikian Boleh Menimbulkan
Keinginan Orang Yang Ada Penyakit Dalam
Hati (Menaruh Tujuan Buruk Pada Kamu)
………” (Al- Ahzab:32)
5) Wanita Islam Itu Tidak Menarik Perhatian
Lelaki Dengan Perhiasannya Tersorok,
Memakai Bau- Bauan, Menggoyang Atau
Memainkan Perhiasannya Atau Perbuatan
Seumpamanya. Firman Allah Bermaksud:
"Dan Janganlah Menghentak Kaki Mereka
Agar Diketahui Perhiasan Yang Mereka
Sembunyikan" (An-Nur:31)
Cantik, Jelita Dan Cerdiknya Wanita Islam
Apabila Ia Berada Di Luar Rumah Mereka
Berpakaian Menutup Aurat, Menjaga Batas
Pergaulan, Berpengetahuan, Berakhlak Mulia
Dan Seumpamanya. Sesungguhnya Perintah
Berpakaian Menutup Aurat Adalah Untuk
Menyedarkan Wanita Islam Bahawa Mereka
Adalah Wanita yang beriman.
Anda ingin lebih cantik dan menarik ???
* Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan
pandangan) sebagai "hiasan mata" anda,
nescaya akan semakin bening dan jernih.
* Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir
anda, nescaya akan semakin manis.
* Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan
kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang
dibuat dari salon Iman.
* Pakailah "sabun Istighfar" yang
menghilangkan semua dosa dan kesalahan
yang anda lakukan.
* Rawatlah rambut anda dengan "Selendang
Islami" yang akan menghilangkan
kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.
* Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang
Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin
Ukhuwwah.
* Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung
"kesucian".
* Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu"
nescaya akan bercahaya di akhirat.
Memang tiada siapa yg tidak mahu menjadi
cantik. Setiap orang juga pasti kelihatan
cantik jika mereka mempunyai kualiti '7M'.
* Musyarakah - yakin bahawa dirinya
memang mempunyai kecantikan tersendiri.
* Murakabah - menerima dengan insaf dan
syukur keadaan diri sendiri.
* Muhasabah - sentiasa melihat kekurangan
diri dan memperbetulkannya.
* Muakobah - sentiasa mendidik diri agar
berusaha menjadi wanita sempurna.
* Muqarrabah - sentiasa mendekatkan diri
dengan Allah SWT.
* Mujahadah - berusaha melawan segala
bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai
diri.
* Muarabah - cuba menghakis segala
kejahatan yang ada dalam diri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar